

Foto: Suara.Com
Pernah ditahan dua kali pada tahun 2013 dan 2015, gitaris kumpulan Geisha, Roby Satria sekali lagi ditahan oleh pihak polis pada Sabtu lepas (19/3/2022) atas pertuduhan penyalahgunaan dadah jenis ganja.
Ditahan kerana dadah jenis ganja

Foto: Detik Hot
Ujar Ketua Polis Jakarta Selatan, Kombes Pol Budhi Herdi Susianto menerusi laporan Detik Hot, hasil siasatan mendapati Roby Satria mengaku pernah mengambil dadah jenis ganja kerana banyak berfikir.
Jadi suspek selama ini banyak beban, berfikir dan dia cuba mengelakkan tetapi dengan cara yang salah.
Roby Satria yang ditanya mengenai keadaannya selepas ditahan pihak polis menjelaskan dia berada dalam keadaan yang baik sebelum sesi sidang media dilakukan.
Hello, bagus.
Diancam hukuman penjara 12 tahun

Foto: Suara.Com
Jika sabit kesalahan Roby Satria boleh dikenakan hukuman penjara selama 12 tahun. Terdahulu, pada Oktober 2013 Roby Satria dikenakan hukuman penjara selama setahun dan terdapat bukti yang menyatakan dia memiliki ganja seberat 5.1 gram.
Sumber: Detik Hot





![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)