berita

‘Good Idea, Teachers’ – Ujian Temuduga ‘Rare’ Sekolah Sains Di Sabah Dapat Pujian

December 12th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Baru-baru ini viral di laman sosial, sebuah sekolah di Sabah membuat ujian seterika baju bagi sesi temu duga murid tingkatan satu. Tweet yang dikongsi Hasifgan di Twitter ini mendapat lebih 7k retweet dan 5k likes. Rata-rata netizen mensuarakan pendapat mereka, ada yang setuju, ada juga yang menganggap perkara ini tidak wajar.

Baguslah nanti tak sakit mata

Menerusi temu bual mStar Online, Mohd Hasif Gandoh yang juga merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Lahad Datu memberitahu, ini merupakan kali pertama diperkenalkan bagi sesi kemasukan pelajar tingkatan satu.

Zaman saya dulu tiada temu duga macam tu (seterika baju). Tak silap saya, ia baru diperkenalkan tahun ini untuk kemasukan tahun depan.

Sebenarnya, gambar-gambar tu saya nampak di Facebook cikgu saya dan kemudian saya kongsi di Twitter.

Ujian begini wajar diadakan

Menurutnya lagi, ujian sebegitu wajar diadakan kerana ia salah satu asas bagi mendidik pelajar sekolah asrama menjadi lebih berdikari.

Ujian ini lain daripada yang lain dan mungkin ada juga diperkenalkan di sekolah-sekolah lain, cuma saya yang tidak tahu.

Bagi saya, ujian ini patut dilakukan walaupun ia nampak seperti perkara kecil, tapi sebenarnya penting bagi memastikan pelajar sentiasa kelihatan kemas di sekolah.

Good idea, teachers

Ujian cuci baju pula?

Sumber: mStar OnlineHasifgan

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×