berita

Goyang Payudara Depan Remaja & Komunikasi Secara Seksual, Peguam Safiey Ilias Anggap Pertuduhan ‘Cacat’

July 25th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Safiey Ilias

Usahawan kosmetik Safiey Ilias didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang, semalam atas dua pertuduhan berkomunikasi secara seksual menerusi aplikasi Instagramnya di kediamannya di Bandar Baru Bangi pada 9 Jun 2021.

Safiey Ilias komunikasi seksual

Safiey Ilias

Menurut Harjeet Singh Sidhu, peguam yang mewakili tertuduh atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Ilias, 29, memaklumkan kepada mahkamah bahawa dua pertuduhan berkomunikasi secara seksual dengan dua mangsa lelaki (14 tahun) yang dihadapi anak guamnya adalah cacat.

Dua pertuduhan tersebut tidak menjelaskan secara khusus apa yang dikatakan kesalahan komunikasi secara seksual yang dilakukan terhadap dua mangsa berkenaan.

Ketiadaan butiran khusus menyukarkan pihak pembelaan untuk menyoal balas saksi-saksi pendakwaan dan menyediakan pembelaan kerana perkataan dalam pertuduhan tersebut hanya secara am.

Selain itu, Harjeet berkata, pihak pendakwaan juga belum menyerahkan rakaman sidang video secara langsung di Instagram serta rakaman daripada Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) yang diambil daripada kedua-dua remaja berkenaan.

Saya mohon pihak pembelaan dan pendakwaan diberi masa untuk mengemukakan hujahan bertulis berhubung isu tersebut.

Mahkamah kemudian menetapkan 7 Ogos ini bagi kedua-dua pihak memfailkan penghujahan bertulis dan pendengaran bantahan awal pada 16 Ogos manakala keputusan pula ditetapkan pada 24 Ogos. Norhazani turut menetapkan tarikh perbicaraan baharu pada 4, 5 dan 11 September serta 2 Oktober ini.

Usahawan yang popular dengar lagu ‘Syinta Gila’ turut didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal iaitu menggoyang-goyangkan payudara di hadapan dua remaja sama bagi maksud seksual.

Bagi kesemua pertuduhan itu, Safiey Ilias didakwa mengikut Seksyen 11(1)(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Seksyen itu membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun dan Seksyen 15 (a)(i) yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber: Harian Metro, Sinar Harian

SKIP THIS AD ×