berita

Guna Foto Rose Blackpink Dalam Katalog Pelacur, Peminat ‘Naik Hantu’ Sampai Produksi Mohon Maaf

February 23rd, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebuah produksi dari negara China tampil memohon maaf selepas tidak sengaja menggunakan gambar salah seorang anggota kumpulan Blackpink iaitu Rose dalam satu babak drama bertajuk ‘Justice In The Dark’.

Digambarkan sebagai pelacur

Menerusi laporan Allkpop, penggunaan foto tersebut mengundang kemarahan peminat Rose dan Blink. Ini kerana, penyanyi tersebut digambarkan sebagai pelacur.

Disebabkan kecuaian pasukan produksi ketika bekerja, kami telah menggunakan gambar Rose secara tidak sengaja. Hal ini telah menjejaskan reputasi Rose. Kami ingin memohon maaf kepada Rose dan peminat termasuk platform penyiaran drama tersebut dan juga kepada semua penonton.

Sumber: Allkpop

SKIP THIS AD ×