berita

Guna Maybank QRPay & MAE e-wallet Di Kiosk McDonalds, Rebut Peluang Untuk Dapat CashBack. Bestnya!

November 8th, 2019 | by Mastura
Kewangan & Pelaburan

Malasnya nak beratur kat kaunter, dahla ramai orang! Bilalah nak sampai turn aku..

Siapa macam ni selalu rasa malas nak beratur kat kaunter bila beli makanan? Lagi geram bila kena tunggu orang yang sampai kaunter baru fikir nak order makanan apa.

Nasib baiklah McDonalds dah ada kiosk layan diri yang memudahkan urusan untuk order makanan. Tak payah nak susah-susah beratur kat kaunter lagi. Tapi, tahu tak sekarang korang dah boleh buat pembayaran menggunakan Maybank QRPay atau MAE e-wallet di kiosk McDonalds? Seriuslah!?

Scan guna Maybank QRPay & MAE e-wallet di kiosk McD. Mudahnya!

Seronoknya, lepas ni nak buat pembelian kat McDonalds jadi lebih mudah! Sebelum ni, korang hanya boleh buat pembayaran menggunakan kad kredit atau debit dekat kiosk McD. Tapi sekarang, korang hanya perlu scan je untuk buat bayaran.

Bukan je menjimatkan masa, korang pun tak perlu nak stress bila nak pilih makanan. Tapi, semua ni khas untuk pelanggan Maybank yang memiliki Maybank Apps atau MAE e-wallet. Korang cuma perlu aktifkan QRPay je kat app tu.

Beli McD di kiosk & dapat cashback. Yeay!

Haa.. Bukan itu je! Dengan pembelian menggunakan Maybank QRPay atau MAE e-wallet di kiosk McD, korang boleh dapat cashback RM5 tau.

Mudah je caranya! Korang hanya perlu berbelanja minimum RM20 di mana-mana kiosk McD seluruh negara dan setiap pengguna layak untuk mendapat 2 kali pulangan cashback. Senangnya nak kumpul cashback dengan Maybank QRPay dan MAE e-wallet ni!

Jom dapatkan lebih penjimatan dengan Maybank QRPay & MAE e-wallet!

Sebenarnya ada banyak lagi promosi dan penjimatan yang korang boleh nikmati dengan menggunakan Maybank QRPay dan MAE e-wallet ni tau! Korang boleh layari website Maybank, Facebook, Twitter atau Instagram untuk sebarang info lanjut.

Sekarang ni pun dah banyak kedai yang berkolaborasi dengan Maybank QRPay dan MAE e-wallet untuk urusan pembayaran. So, lepas ni kalau korang nak berbelanja dah tak perlu risau kalau tak bawa tunai. Scan je dengan Maybank QRPay atau MAE e-wallet korang!

Kalau korang takde akaun Maybank, takde perlu risau. Sebelum ke McD tu, muat turun je Maybank App kat smartphone korang dan daftar untuk MAE e-wallet. Ianya sangat mudah dan percuma! Korang tak perlu ke mana-mana cawangan pun untuk buka akaun. Ikut langkah mudah ni:

  1. Download aplikasi Maybank di App Store atau Play Store,
  2. Pilih logo MAE, isikan butiran diri dan ikut arahan yang dipaparkan,
  3. Nombor akaun MAE akan diberikan dan korang dan boleh mula guna MAE e-wallet.

Mudah kan? Tunggu apa lagi jom download aplikasi Maybank sekarang!