berita

Guna Teknik Kamera Dan Live Streaming, Lelaki Ini Samakan Serangan Senjata Sama Seperti Permainan Online

March 16th, 2019 | by Hazurin
Kini Trending

Sehingga kini, jumlah korban dalam insiden serangan bersenjata ke atas jemaah masjid di Christchurch telah meningkat kepada 49 orang dan lebih 20 orang lagi cedera. Pihak berkuasa New Zealand memberitahu, angka kematian dijangka meningkat kerana ramai mangsa yang cedera itu berada dalam keadaan kritikal.

Berikutan kejadian itu, polis Australia telah menangkap empat orang suspek yang disyaki terlibat dalam serangan berkenaan. Insiden serangan ini telah menggemparkan seluruh dunia serta mendapat kutukan daripada pelbagai pihak.

Serangan tiru macam permainan online

Seorang pengguna Facebook, Irwan Dahnil berpendapat bahawa serangan senjata yang berlaku semalam sama seperti konsep permainan online yang sedang popular masa kini.

Kebanyakan permainan online tersebut berunsurkan keganasan seperti tembak-menembak dan ianya boleh bermain secara live streaming di Facebook serta Youtube. Tindakan suspek yang menggunakan kamera untuk live streaming semasa tembakan adalah sama seperti permainan online tersebut.

Permainan online berunsurkan keganasan

Menurutnya lagi, permainan online itu sedikit sebanyak memberi kesan negatif kepada masyarakat yang membolehkan mereka meniru aksi keganasan di dalam kehidupannya. Irwan juga menasihati kepada semua ibu bapa supaya sentiasa peka dan ambil tahu tentang apa sahaja yang ditontoni anak-anak di internet.

Dia juga berkongsikan beberapa langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk mengelakkan anak terpengaruh dengan unsur keganasan dalam dunia permainan online.

Langkah-langkah yang perlu ibu bapa buat

Sumber: Irwan Dahnil