berita

Guru Agama Di Kelantan Didakwa Liwat Tiga Pelajar Tahfiz Sejak 2 Tahun Lalu

April 26th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang guru agama ditahan reman selepas didakwa meliwat tiga pelajar tahfiz di Kelantan sejak dua tahun lalu.

Guru didakwa liwat pelajar

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Ahmad Shafiki Hussin, ketiga-tiga mangsa seks luar tabii yang berusia antara 12 hingga 13 tahun itu telah membuat laporan polis di Balai Polis Machang pada 15 April lalu.

Kejadian melibatkan tiga pelajar tahfiz dan polis Machang menerima tiga laporan berkaitan kes.

Kejadian didakwa berlaku sejak dua tahun yang lalu dan kesemua mangsa ini mendakwa diliwat oleh ustaz di pusat tahfiz berkenaan.

Difahamkan, tertuduh yang berusia 39 tahun itu telah ditahan reman bagi membantu siasatan. Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×