berita

Guru Dibuli Pelajar Sampai Pengsan, Dikurung Dalam Kelas & Kepala Dilempar Selipar

December 7th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Seorang guru wanita di Vietnam pengsan di bilik darjah selepas dibuli oleh sekumpulan pelajar yang mengikuti kelas muziknya.

Guru pengsan dibuli pelajar

Memetik laporan Tuoi Tre News, sekumpulan pelajar terbabit dikatakan bertindak di luar kawalan dengan melempar selipar pada kepala mangsa, mengeluarkan kata-kata kesat dan lebih parah apabila mereka tergamak mengurung dan mengunci mangsa di bilik darjah.

Menerusi video yang tular memaparkan, guru wanita berkenaan mahu meninggalkan bilik darjah selepas mengajar, tetapi lain pula yang jadinya apabila pelajar-pelajar terbabit mengunci pintu dan menghalangnya daripada keluar.

Tidak mampu menentang, guru berkenaan hanya mampu merakam aksi tersebut menggunakan telefonnya. Siasatan lanjut berhubung isu ini masih dijalankan.

Menurut sumber, sebelum ini, guru terbabit telah menerima amaran awal daripada pihak pengurusan sekolah kerana didakwa menggunakan bahasa yang tidak sesuai di dalam bilik darjah sebanyak beberapa kali.

Sumber: Tuoi Tre News

SKIP THIS AD ×