berita

Guru Disyaki Rogol Pelajar Tingkatan Empat Di Rumah

October 21st, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Harian Metro

Seorang guru ditahan polis bagi membantu siasatan kerana disyaki merogol seorang pelajarnya yang berusia 16 tahun.

Guru disyaki rogol pelajar

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Harian Metro, suspek, 36, yang mengajar di sebuah sekolah menengah di daerah Tawau, Sabah didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di dalam bilik di rumahnya pada Rabu lalu. Menurut Ketua Polis Tawau iaitu Jasmin Hussin, pihaknya melakukan penangkapan selepas menerima laporan daripada mangsa.

Ketika kejadian, suspek meminta mangsa melakukan oral seks sebelum melakukan hubungan seks tanpa kerelaan mangsa.

Dakwa mangsa lagi, suspek pernah beberapa kali memintanya melakukan oral seks ketika mereka keluar berdua-duaan antara Ogos 2022 hingga 18 Oktober lalu.

Hasil siasatan awal mendapati mangsa dan suspek tidak menjalin hubungan cinta. Susulan daripada itu, suspek direman selama tujuh bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 377(C) Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×