berita

Guru Hina Pelajar Bawa Bekal Ulat Sagu Ke Sekolah

October 16th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Makanan tengah hari seorang kanak-kanak sekolah rendah di Indonesia baru-baru ini menjadi tumpuan selepas dia membawa empat ekor ulat sagu besar sebagai bekal.

Artikel Berkaitan: Guru Besar Suruh Tiga Murid Sekolah Rendah Jilat Dinding & Makan Kertas

Artikel Berkaitan: Cikgu Membebel Murid Tak Bawa Pembaris – ‘Keluarga Kamu Miskin Ke?’

Ditertawakan rakan sekelas

Menerusi laporan Suara.com, video mengenai kejadian tersebut dimuat naik di akaun TikTok @iam.omad. Dalam video yang tular itu, guru tersebut bertanya apakah bekalan yang dibawa oleh setiap pelajarnya, lalu kanak-kanak itu membuka bekas makan tengaharinya ketika itu.

Alangkah terkejutnya guru itu melihat anak muridnya membawa empat ekor ulat sagu dan juga nasi.

Namun malangnya, guru tersebut seolah-olah menghina rezeki anak muridnya dengan bertanya mengapa masih ada pihak yang menjadikan ulat sagu sebagai lauk pada 2023.

Ulat ni! Ulat? Tahun 2023 tapi kenapa lauk masih ulat?

Pelajar-pelajar lain di belakang juga turut mentertawakan kanak-kanak itu.

Walaupun video tersebut telah dipadam, namun ianya telah tular dan mendapat perhatian ramai netizen. Ada sesetengah netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan guru tersebut.

Sumber: Suara.com

SKIP THIS AD ×