berita

Cikgu Membebel Murid Tak Bawa Pembaris – ‘Keluarga Kamu Miskin Ke?’

September 29th, 2023 | by Alia
Kini Trending

guru bebel pembaris

Gambar sekadar hiasan

Gara-gara tidak mempunyai pembaris segi tiga, seorang guru bertindak merakam video dia sedang memarahi beberapa orang murid di dalam kelas.

Artikel Berkaitan: Kerap Ponteng Kelas Sebab Tolong Ayah Jual Nasi Goreng, Pelajar Tikam Guru Kerana Dilarang Duduki Peperiksaan

Artikel Berkaitan: Berang Dapat Markah Exam Teruk, Murid Siap Tanya Khabar Sebelum Tetak Guru Guna Sabit

Cikgu tak puas hati

guru bebel pembaris

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan South China Morning Post, kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Sekolah Rendah Shenyang Dongzhan di wilayah Liaoning, China.

Menerusi rakaman video itu, kelihatan beberapa orang murid telah diarah untuk berdiri di sebelah meja sambil dimarahi oleh guru tersebut.

Adakah keluarga kamu miskin atau ibu bapa kamu tidak mengambil berat?

Kamu perlu guna pembaris untuk melukis.

Difahamkan guru tersebut turut memuat naik video berkenaan pada 18 September lalu di aplikasi WeChat yang dianggotai oleh para ibu bapa dan guru untuk menyatakan rasa tidak puas hati.

Susulan itu, ibu bapa murid-murid berkenaan tidak berdiam diri malah tampil melaporkan kejadian tersebut kepada pihak pentadbiran sekolah.

Pihak sekolah kemudian berjanji akan menyiasat dan bakal mengambil tindakan disiplin terhadap guru berkenaan jika didapati perbuatannya itu tidak wajar dilakukan.

Sementara itu, insiden tersebut dilaporkan tular di negara China dan rata-rata warganet mengecam guru terbabit dengan menyifatkannya sebagai seorang yang biadab.

Sumber: South China Morning Post

SKIP THIS AD ×