Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa marah susulan video viral yang memaparkan seorang guru tadika di Thailand sedang mengarah anak muridnya melakukan tarian ‘twerk’ di dalam kelas.
Tidak sesuai untuk kanak-kanak
Menerusi laporan Thaiger, rakaman itu pada mulanya dikongsi menerusi akaun media sosial guru berkenaan, namun ia kemudiannya disebarkan oleh individu lain sehingga menjadi topik bualan ramai.
Menerusi video tersebut, beberapa orang kanak-kanak dilihat sedang berlatih untuk persembahan sekolah. Tidak lama kemudian, guru itu mengajar murid-muridnya untuk melakukan tarian ‘twerk’ yang memerlukan mereka membuat pergerakan provokatif menggunakan punggung dan pinggul.
Berikutan daripada itu, rata-rata netizen meninggalkan komen yang negatif. Ujar netizen, tarian tersebut tidak sesuai dilakukan oleh kanak-kanak.
Selebriti popular Mario Maurer turut menyelar perbuatan guru itu yang disifatkan gagal mendidik kanak-kanak mengikut kesesuaian umur mereka.
Guru harus mengajar kanak-kanak untuk menyatakan diri mereka dengan sewajarnya dengan usia mereka. Jangan hanya pertimbangkan hiburan.
Sumber: Thaiger