
Seorang individu tampil memohon maaf selepas mempersendakan kematian 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan bas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak awal pagi Isnin.
Artikel Berkaitan: Sepupu Zoey Rahman antara mangsa nahas bas UPSI
Artikel Berkaitan: ‘Dari Terengganu Ke UPSI, Mereka Berjihad Ke Jalan Allah’
Mohon maaf

Menerusi hantaran di Facebook, individu yang bertugas sebagai guru dikenali sebagai Khalid Yunus menyesal dengan tindakannya kerana tidak menjaga sensitiviti keluarga mangsa.
Saya ingin memohon maaf terhadap insiden yang berlaku kepada pelajar UPSI. Semoga mereka di tempat orang-orang beriman dan mendapat husnul khotimah.
Sebelum ini, individu tersebut menyifatkan kematian 15 mangsa itu sebagai hina kerana meninggal dunia dalam keadaan masih berhutang dengan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
15 penuntut UPSI mati dalam keadaan hina. 15 penuntut UPSI maut kemalangan bas ekspress bukan orang beriman kerana mereka mati dalam keadaan berhutang dengan PTPTN.
Mana mungkin mereka orang beriman kerana tidak dibenarkan masuk syurga, sudahlah mereka juga banyak dosa?
Jadi, nerakalah tempat mereka iaitu tempat yang sehina-hina tempat. Dunia bukan syurga dan dunia juga bukan neraka kerana syurga dan neraka tempat berhutang.
Sementara itu, pada Rabu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dalam satu sidang media memaklumkan pinjaman PTPTN oleh 15 orang mangsa akan dilupuskan sepenuhnya.
Menurut Fahmi, tidak timbul sebarang isu berkaitan bayaran balik pinjaman tersebut membabitkan kesemua mangsa kemalangan berkenaan.
Sumber: Facebook







![[VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/thalita-1.jpg)
