Usahawan Madammu, sempat memberi penghormatan terakhir kepada salah seorang mangsa kemalangan bas yang melibatkan penuntut-penunut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Artikel Berkaitan: Sepupu Zoey Rahman antara mangsa nahas bas UPSI

Artikel Berkaitan: ‘Dari Terengganu Ke UPSI, Mereka Berjihad Ke Jalan Allah’

Saudara Madammu

@mierazetty.n0034941

Salam takziah buat semua ahli keluarga mangsa yg terlibat, moga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman 🤲🏻 #fyp #madammu

♬ original sound – MIERA ƝOエᎡ – MIERA ƝOエᎡ

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri berkongsi suasana ketika pengebumian mangsa tragedi tersebut iaitu Allahyarhamah Nur Dalila Farhana.

Menurut Madammu, kehadirannya di situ adalah secara kebetulan berikutan tanah perkuburan tersebut berdekatan dengan kediaman neneknya yang terletak di sebuah perkampungan di Jerteh, Terengganu.

Tanah perkuburan ini betul-betul di hadapan rumah nenek saya. Takkanlah ada kematian saya tak keluar rumah.

Arwah pun orang kampung saya dan merupakan saudara saya juga.

Keadaan jenazah arwah

Dalam masa yang sama, usahawan berusia 35 tahun itu sempat bertanya kepada salah seorang penduduk kampung tersebut tentang keadaan jenazah arwah sebelum dikebumikan.

Dia comel dan putih.

Terdahulu, seramai 15 orang disahkan maut dalam kemalangan tragis membabitkan sebuah bas yang membawa pelajar UPSI dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza.

Kejadian tersebut berlaku pada awal pagi Isnin di Jalan Raya Timur-Barat Banun berdekatan Tasik Banding, Gerik.

Sumber: TikTok