berita

Guru Rakam Video Murid Jawab ‘Bapa Masak Ketum’ Cerita Hal Sebenar

August 19th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Semalam viral apabila satu rakaman video memaparkan seorang murid di sekolah rendah menjawab soalan guru hingga mengundang perhatian ramai orang. Tindakan guru tersebut merakam video tersebut menimbulkan rasa tidak senang kepada penceramah sekolah Akhi Fairuz Al-Jengkawi.

Artikel Berkaitan : ‘Mana Etika Anda Sebagai Guru?’ – Viral Video Bapa Masak Ketum, Individu Harap Tindakan Diambil

Terbaru, guru berkenaan menjawab kembali teguran yang dibuat ke atas dirinya. Menurutnya, beliau tidak pernah memuat naik video tersebut di media sosial dan hanya dihantar kepada ibu murid ini.

Tak pernah viral di Facebook

Saya rakam dan forward video tersebut hanya untuk ibu bapa dengan harapan jika benar ayah murid saya kaki ketum harap dapat cover dari anak. Saya tidak sesekali menviralkan di Facebook atau group. Hanya pada ibu anak ini. Sepanjang perkhidmatan saya, saya tidak pernah memuat naik aktiviti murid saya di Facebook.

Cikgu yang merakam video ‘ayah saya masak ketum’ itu menghantar satu mesej kepada penceramah ini mengenai isu yang viral di mesia sosial. Menurut cikgu ini, rakaman itu hanya dihantar kepada ibu kanak-kanak tersebut untuk tujuan membantu pelajar tersebut.

Namun beliau tidak sangka rakaman video itu viral di media sosial sehingga menyebabkan ramai yang mengkritik beliau. Hanya ibu kepada pelajar tadi sahaja yang mempunyai jawapan begini.

Murid ketawa lihat saya ketawa

Sebenarnya murid ketawa kerana melihat saya ketawa. Saya jarang ketawa dalam kelas tuan. Saya guru yang agak serius. Bila murid-murid melihat saya ketawa sampai keluar air mata, mungkin excited tengok cikgu gelak.

Berkenaan isu ketawa besar yang rata-ratanya menganggap pelajar di dalam kelas terbabit tahu apa itu ketum. Cikgu berkenaan memberi respon bahawa pelajar itu hanya ketawa selepas melihat dirinya ketawa dan dia yakin semua tidak tahu maksud ketum. Menurut Akhi, cikgu berkenaan mungkin tidak perlu menghantar video tersebut kepada ibu bapa walaupun berniat baik.

Cikgu hanya perlu rujuk pentadbir sekolah bagi membincangkan perkara ini. Dan lebih baik jika menunjukkan video tersebut secara berhadapan bersama ibu bapa pelajar berkenaan. Dan akhir sekali, maklumkan apa kesan buruk yang boleh dialami oleh pelajar terbabit jika perkara ini berterusan dan si ayah tidak berubah.

Sumber : Akhi Fairuz Al-Jengkawi.

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×