Seorang guru tadika berkongsi momen paling bermakna dan sukar dilupakan sepanjang bergelar pendidik hingga meraih perhatian ramai.

Artikel Berkaitan: Cikgu Sebak Terima Kuih Ros Patah Dibungkus Guna Kertas Sebagai Hadiah Hari Guru – ‘Dia Sorok Belakang Tiang Sebab Malu’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ibu Tak Lokek Hadiahkan Emas & Tudung Berjenama Mewah Sempena Hari Guru

Ditaja umrah

Menerusi perkongsian di Threads, wanita itu menyifatkan tajaan mengerjakan ibadah Umrah sebagai hadiah paling bernilai yang pernah diterima sepanjang bergelar pendidik.

Lebih mengharukan, hadiah istimewa itu diberikan oleh salah seorang ibu bapa kepada anak muridnya sendiri sebagai tanda penghargaan atas jasa dan baktinya selama ini.

Menurutnya, meskipun setahun telah berlalu, dia masih berasa tidak percaya dan terharu dengan apa yang berlaku.

Menurutnya, meskipun setahun sudah berlalu, perasaan tidak percaya dan terharu masih menyelubungi dirinya.

Hadiah paling mahal pernah saya dapat sepanjang jadi guru. Umrah ditaja oleh salah seorang ibu bapa kepada anak murid saya.

Dari A sampai Z dia bantu dan uruskan semuanya sampailah saya betul-betul sampai ke tanah suci tahun lepas.

Sampai sekarang masih rasa macam mimpi lagi. Memang hadiah yang saya akan ingat sampai bila-bila.

Sumber: Threads