Di Mahkamah Seksyen, Melaka, seorang bapa mengaku bersalah atas 28 pertuduhan yang membabitkan kesalahan melakukan seks luar tabii, merogol dan amang seksual terhadap dua anak kandungnya, sejak tujuh tahun yang lalu.
Artikel Berkaitan: Baru 5 Hari Keluar Penjara, Bekas Banduan Rogol Ibu & Anak Berusia 14 Tahun Secara Bergilir-Gilir
Artikel Berkaitan: Mengadu Sakit Perut & Pinggang, Remaja OKU Dipercayai Dirogol Dua Rakan Bapa
Mangsa berusia 12 tahun
Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-dua anak kandungnya telah dirogol oleh tertuduh sejak mangsa berusia 12 tahun lagi. Untuk kesalahan tersebut, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Malah, tertuduh didakwa dengan enam pertuduhan melakukan seks luar tabii terhadap salah seorang mangsa, dan satu pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat.
Selain itu, lima pertuduhan di bawah Seksyen 377CA Kanun Keseksaan penjara maksimum 30 tahun dan sebat serta tertuduh mengaku bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama dan didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 akta sama
Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali manakala Seksyen 16 pula memperuntukkan penjara maksimum lima tahun dan sebat.
Walau bagaimanapun, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin dengan jumlah RM96,000.
Sumber: Utusan