berita

Hadir Ke Program Meletop, Netizen Tergelak Lihat Gelagat ‘Sweet Sweet Manja’ Elly Mazlein Bersama Suami

January 22nd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sudah empat hari bergelar pasangan suami isteri, penyanyi Elly Mazlein kelihatan agak ceria serta bahagia di samping suami tercinta iaitu Cikgu Azlan. Kembali menjalankan tugas sebagai seorang guru dan selebriti, mereka berdua diundang ke set Meletop semalam untuk berkongsi perasaan selepas mendirikan rumah tangga.

Dia tahu mana lokasi Kak Lina

Menerusi video berdurasi 10:42 saat itu, Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom itu hadir bersama suaminya untuk berkongsi detik perkenalan dan kehidupan rumah tangga mereka selepas empat hari berkahwin. Antara soalan yang ditanya pengacara program itu iaitu Nabil dan Nora Danish ialah, apa perbezaan perangai pasangan mereka selepas berkahwin dan mengapa penyanyi itu memberi gelaran “papa awan nano” kepada suaminya.

Menurut cikgu Azlan, perangai Kak Lina sama seperti masa perkenalan mereka dan semuanya baik-baik sahaja selepas berkahwin. Manakala, Kak Lina pula memberitahu bahawa gelaran ‘awan nano’ tersebut diberi kerana kehidupannya sebelum ini agak mendung seperti awan. Namun, kehadiran suami dalam hidup seolah-olah berubah menjadi awan nano buat dirinya.

Sudah mula kerja

https://www.instagram.com/p/B7mVai0HTnd/

Mengulas mengenai kerjaya sebagai seorang guru, cikgu Azlan memberitahu bahawa dia sudah mula mengajar pada hari Isnin lalu. Setakat ini, semua warga sekolah mengetahui bahawa dia berkahwin dengan seorang penyanyi. Malah, mereka turut mengucapkan tahniah kerana mendirikan rumah tangga.

Sebelum ini, Elly turut memberitahu bahawa dia mula berkenalan dengan suaminya di sebuah majlis akikah kawannya. Dari situ, mereka mula tertarik dan jatuh cinta. Anaknya iaitu Sefhia, turut gembira sewaktu pertama kali berjumpa dengan suaminya. Keluarga kedua-dua belah pihak turut merestui hubungan di antara mereka lalu mereka bersetuju untuk ke fasa perkahwinan.

Sumber: Meletop & Elly Mazlein

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×