Pelakon Oktovia Manrose bersyukur apabila berpeluang menjadi tetamu dalam sebuah majlis ilmu anjuran pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: 6 Tahun Jadi Ibu Tunggal, Oktovia Manrose Sah Bergelar Isteri Bekas Pemain Bola Sepak MU
Hadir majlis ilmu
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Oktovia, 31, menyatakan biarpun menerima jemputan di saat akhir namun Allah SWT telah memudahkan urusannya untuk menghadiri majlis Maulid Akhbar.
Jemputan last minute tapi Allah permudahkan. Majlis yang sangat mengesankan kepada semua yang hadir. MasyaAllah.
Ustazah sangat baik, sangat merendah diri, semoga menjadi asbab saya kekal istiqomah. Tarik lah saya dan kami semua ke syurga Allah ustazah.
Pemilik nama Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman turut menyeru orang ramai untuk bersama-sama menuju ke arah kebaikan.
Dan kepada sahabat saya , pengikut saya yang selalu menyokong saya dan mendoakan saya agar kekal istiqomah.
Marilah kita sama-sama mendekatkan diri dengan majlis-majlis ilmu yang menceritakan kebesaran Allah SWT dan Rasullullah SAW. Saya akan mendoakan agar kita semua dapat berkumpul di dalam majlis seperti ini lagi dan lagi.
Selain Oktovia, suaminya, Mohd. Izat Abdul Rahman dan Aprena Manrose turut dilihat hadir ke majlis ilmu agama tersebut.
Bertambah minat
Menjengah di ruangan komen, rakan artis dan peminat suka dengan perubahan diri anak kepada pasangan penyanyi dangdut terkenal, Iwan dan pelakon Allahyarhamah Rosnah Mohd Noor.
Rata-ratanya mendoakan agar pelakon drama Roxy ini kekal istiqamah dan terus diberikan hidayah.
Sebelum ini, Oktovia nekad mengubah penampilan diri untuk berhijab sejak Aidilfitri tahun lalu.
Sumber: Instagram @oktoviamanrose