berita

6 Tahun Jadi Ibu Tunggal, Oktovia Manrose Sah Bergelar Isteri Bekas Pemain Bola Sepak MU

December 22nd, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Foto: Ali Toupan

Hanya dengan sekali lafaz, pelakon Oktovia Manrose sah bergelar isteri kepada bekas pemain bola sepak, Mohamad Khairul Efsan Mdisa.

Artikel berkaitan: Selalu Tarbiah Anak-Anak Agar Tampil Berhijab, Iwan Syahman Syukur Lihat Imej Terbaru Aprena & Oktovia Manrose

Wang hantaran rahsia

Menerusi laporan Kosmo, Oktovia dan Khairul Efsan disatukan sebagai pasangan suami isteri dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Magica Quill Ballroom, Quill City Mall sekitar pukul 9.30 malam, semalam. Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan yang juga penyanyi dangdut popular, Iwan Syahman disaksikan jurunikah, Ustaz Mohamad Fairuz Saderi.

Pada majlis bertemakan dalam taman itu, Khairul Efsan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM80. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan. Oktovia atau nama sebenarnya, Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman, menerima lima dulang hantaran berbalas tiga daripada pihak pengantin lelaki. Untuk pengetahuan semua, Efsan merupakan bekas pemain bola untuk kumpulan Melaka United.

Cantik sangat!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lufya (@lufyalaana)

Antara rakan artis yang dilihat menghadiri majlis persandingan tersebut ialah Lufya. Pelakon ini sempat memuat naik satu video di mana Oktovia kelihatan sedang berjalan masuk ke dalam dewan. Menurut Lufya, Oktivia kelihatan sangat cantik di hari bahagianya itu. Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! Iwan Syahman turut melakukan persembahan di majlis persandingan anaknya itu.

Terdahulu, Oktovia pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki bernama Mohd. Izat Abdul Rahman pada 2011 namun, mereka bercerai empat tahun selepas itu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 9 tahun bernama Muhammad Rayyan Zulkarnain.

Sumber: Kosmo

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×