

Penyanyi dan komposer, Hael Husaini mengesahkan hatinya kini sudah dimiliki dan tidak menolak untuk melangkah ke alam perkahwinan dalam masa terdekat.
Artikel Berkaitan: Dayang Nurfaizah Jawab Khabar Angin Bakal Tamatkan Zaman Bujang – ‘Saya Tidak Menafikan, Tidak Juga Mengiyakan’
Artikel Berkaitan: Hael Husaini Hanya Upah ‘Bodyguard’ Jika Pakai Barangan Jenama Mewah – ‘Untuk Jaga Barang, Bukan Jaga Saya’
Hati sudah dimiliki

Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Hal Husaini Razmi, 38, enggan mengulas lanjut dan akan berkongsi kepada umum selepas perkara itu menjadi kenyataan.
Saya selamanya tidak ‘available’ dan ya (sudah dimiliki). Kalau jodoh sampai dalam masa terdekat saya terima sahaja.
Bila sampai masanya, saya terima dengan hati terbuka dan akan memberitahu anda semua.
Saya tidak ada masalah untuk merahsiakannya tapi bagi saya benda yang tak pasti kurang enak untuk saya kongsikan.
Hael berkata demikian ketika ditemui di majlis rumah terbuka Last Kopek Raya Rocketfuel yang berlangsung di Kuala Lumpur, pada Rabu.
Doakan

Tambah pelantun lagu ‘Diam’ itu, dia tidak menolak sekiranya bakal pasangan datang dalam kalangan rakan industri.
Kalau ada jodoh, Insya-Allah sebab saya bukan lagi berumur 18 tahun dan sesiapa yang datang saya terima sahaja.
Katanya lagi, dia menyerah soal jodoh kepada Ilahi dan meminta doa daripada semua.
Apa pun doakan yang terbaik sekiranya saya akan melayari bahtera rumah tangga, saya serahkan fasal jodoh kepada Allah.
Terdahulu, Hael pernah digosipkan menjalin hubungan cinta dengan gandingan duetnya.







![[VIDEO] Keluarga Persoal Kematian Winda Lorenza, Dakwa Ada Kesan Jahitan & Lebam Pada Jenazah](https://asset.ohbulan.com/2026/08/winda-lorenza.jpg)
