Dayang Nurfaizah

Penyanyi, Dayang Nurfaizah mengakui sedang berkenalan dengan seorang jejaka sekali gus menjawab khabar angin mendakwa dia akan menamatkan zaman solo.

Artikel Berkaitan: Ernie Zakri Bakal Lancar Album Duet Penuh Kolabrasi Penyanyi Malaysia & Indonesia – ‘Saya Fikir Kenapa Tidak Terus Buat Album’

Artikel Berkaitan: Tampilkan 3 Penyanyi Hebat, Konsert Divas & Diamonds Bakal Gegarkan Johor Bahru Pada September Ini

Sedang mengenali seseorang

Dayang Nurfaizah

Walau bagaimanapun, Dayang atau nama lengkap Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 44, enggan mendedahkan identiti jejaka berkenaan.

Saya tidak menafikan (sedang berkenalan dengan seseorang) tapi saya juga tidak mengiyakan.

Sekarang berada dalam fasa bahagia, terus doakan saya. Saya bersyukur dengan apa yang saya miliki.

Dayang berkata demikian ketika ditemui di sidang media Konsert MeleTOP TVS di Astro Bukit Jalil, pada Selasa.

Berkongsi lanjut, pelantun lagu ‘Lelaki Teragung’ itu hanya menyerahkan soal jodoh kepada takdir yang sudah diatur Ilahi.

Soal jodoh saya serahkan semuanya kepada Allah. Perempuan mana yang tidak ingin menamatkan zaman bujang. Saya juga idamkan perkara sama, cuma belum diizinkan.

Tapi jika pada masa akan datang kita tidak tahu, sama-sama semua mendoakan saya.

Sebelum menutup bicara, Dayang berkata dia tidak akan menyembunyikan sekiranya ada khabar gembira yang ingin dikongsikan.

Jika ada berita baik pasti saya akan kongsikan kepada semua, janji.