berita

Hael Husaini Sedang Diulit Bahagia, Lagu Baru Beri ‘Hint’ Bakal Ke Mahligai Cinta?

November 6th, 2019 | by Amirul Asraf
Shout Out!

Gandingan ‘menjadi’ Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah mendapat perhatian ramai apabila mereka muncul sebagai Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu (AJL33) musim lepas. Keakraban yang dicipta mereka menjadi tanda tanya sehingga ada desas desus mengatakan mereka sedang dilamun cinta. Betul ke?

Bertemakan perkahwinan

Terbaru, mereka muncul pula dengan duet ‘Hari Ini’ yang menjadi lagu tema untuk rancangan perkahwinan popular, Mahligai Cinta dan portal digital mahligaicinta.com. Elemen romantik yang disuntik ke dalam muzik video Hari Ini menyerlahkan lagi keserasian mereka, bagai pinang dibelah dua!

Muzik video yang menjalani penggambaran di Pulau Pinang, selama dua hari ini jelas menyaksikan keserasian bersama antara Hael dan Dayang. Bahkan, lirik dan alunan melodi lagu tersebut juga sesuai dengan tema perkahwinan dan cinta sebuah portal terbaru yang diwujudkan oleh TV3 iaitu Mahligai Cinta. Setakat ini, muzik video tersebut telah menerima hampir 135k tontonan dan  7.9k likes di Youtube.

Kalau korang nak tahu, portal Mahligai Cinta ini diperkenalkan oleh TV3 buat para pembaca yang ingin memperoleh informasi menarik tentang persiapan perkahwinan. Terdapat 7 jenis kandungan yang menarik bakal disajikan buat tatapan para penonton dan pembaca. Antara kandungan portal tersebut ialah Till Jannah, Ijab dan Kabul, Bulan Madu, Cahaya Mata, Simpulan Cinta, Selebriti dan Luar Negara.

Pelbagai jenis variasi kandungan yang disediakan

Selain berkongsi persiapan perkahwinan, Mahligai Cinta turut berkongsi destinasi bulan madu yang menarik buat pasangan yang baru berkahwin, informasi yang berguna sebagai persediaan awal untuk menimang cahaya dan perkongsian daripada para selebriti yang menyambut kehadiran cahaya mata mereka. 

Para pembaca juga dapat membaca pelbagai kisah cinta romantis dan pasangan yang meraikan ulang tahun perkahwinan mereka dengan cara tersendiri. Paling mencuri tumpuan adalah kisah cinta dan perkahwinan selebriti popular tanah air yang akan dipaparkan secara eksklusif di portal. Portal Mahligai Cinta ini juga tidak hanya terhad bagi perkahwinan selebriti dalam negara sahaja. Perkahwinan selebriti luar negara juga tidak akan ketinggalan di paparkan bagi pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai selebriti kesayangan mereka.

Jadi kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut mengenai info terkini tentang perkahwinan, tips, dan pelbagai lagi hal berkaitan perkahwinan bolehlah layari www.mahligaicinta.my atau boleh layari Instagram di @mahligaicinta

Sumber: Mahligai Cinta & Tv3

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.