Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri tiba di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam bagi proses pengesahan lafaz cerai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Sama Sekali Tidak Membuat Laporan Palsu’ – Hafidz Roshdi Nafi Tuduh Shuhada Gugurkan Kandungan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Keputusan Lafaz Cerai Hafidz Roshdi Ditangguhkan Pada 27 Julai
Tiba di mahkamah
Shuhada tiba kira-kira jam 9.10 pagi dengan mengenakan busana serba putih sambil ditemani peguamnya.
Menurut Shuhada, dia bangun pagi ini dengan rasa bersemangat dan berdoa segalanya dipermudahkan.
Doakan yang terbaik untuk saya, pagi tadi bangun rasa semangat.
Sementara itu, selang seminit kemudian, Hafidz pula tiba di mahkamah dengan mengenakan suit serba hitam.
Menurut Hafidz, dia berharap kemelut rumah tangganya dapat diselesaikan secara baik hari ini.
Insyallah segalanya akan selesai dengan baik.
Terdahulu, Nurul Shuhada memfailkan perceraian terhadap Hafidz di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari lalu.
Bagaimanapun, lafaz cerai yang sepatutnya berlaku pada 21 Mac lalu gagal dilaksanakan selepas mahkamah mendapati ada isu baharu berhubung isu lafaz cerai pasangan tersebut.
Dalam pada itu, Hafidz atau nama sebenarnya, Muhammad Hafidz Roshdi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, jam 3.30 pagi pada 2 Mac lalu.
Berdasarkan pertuduhan, pelakon itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Nurul Shuhada dengan menumbuk menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga isterinya mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.
Sementara itu, prosiding hadanah yang berlangsung 11 Jun lalu juga gagal menemui jalan penyelesaian apabila Hafidz berubah fikiran disaat akhir dan akan bersambung pada 12 September depan.
Dalam perkembangan berkaitan, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu memerintahkan untuk Hafidz dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikitiari.
Namun, Hafidz disahkan waras dan pertuduhan ke atasnya layak dibicarakan selepas dimaklumkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru pada 9 Jun lalu.
Untuk rekod, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
Video
@ohbulanofficial Shuhada berpakaian serba putih hari ini ?#ohbulan #news #fyp #shuhada #hafidzroshdi