Pelakon Hafidz Roshdi menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya membuat tuduhan palsu terhadap isterinya, Nurul Shuhada yang dikatakan telah menggugurkan kandungan.
Artikel Berkaitan: Hafidz Roshdi Terus Membisu, Hadir Ke Mahkamah Bagi Proses Pengesahan Lafaz Cerai Ditemani Ibunda Tercinta
Artikel Berkaitan: ‘Kenapa Tiba-Tiba? Selama Anak Dia Hidup Tak Pernah Ambil Tahu Pasal Instagram’ – Nurul Shuhada
Ada bukti hantaran mesej di Whatsapp
Menurut pelakon drama Harith Fayyadh itu, laporan polis yang dibuatnya adalah berdasarkan bukti yang disimpan.
Saya tidak menuduh Nurul Shuhada Binti Mat Shukri membuat pengguguran dan tidak sama sekali membuat laporan palsu.
Ianya berdasarkan apa yang telah dimaklumkan kepada saya berdasarkan bukti menerusi aplikasi Whatsapp.
Hafidz mendedahkan perkara itu ketika ditemui OhBulan! ketika prosiding pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Shuhada berkali-kali minta cerai
Dalam pada itu, Hafidz turut mendedahkan bahawa isterinya, Shuhada sudah berkali-kali memohon untuk bercerai sebelum ini.
Jadi, khusus untuk kes hari ini walau telah banyak sesi pendamaian dan dialog dijalankan tetapi penceraian juga yang diminta olehnya.
Bukan tahun ini sahaja dia minta untuk diceraikan tetapi lebih lama sebenarnya dan dah berkali-kali dia dah minta cerai dengan saya.
Tambah Hafidz lagi, dia menyerahkan segala urusan penceraiannya kepada pihak mahkamah untuk memutuskan keputusan.
Terdahulu, perkahwinan yang dibina Hafidz dan Shuhada dikatakan retak selepas timbulnya dakwaan adanya orang ketiga yang mengganggu rumah tangga mereka.
Nurul Shuhada kemudiannya dilaporkan memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari yang lalu.
Bagaimanapun, lafaz cerai yang sepatutnya berlaku pada 21 Mac lalu gagal dilaksanakan selepas mahkamah mendapati ada isu baharu berhubung isu lafaz cerai pasangan tersebut.
Dalam pada itu, Hafidz atau nama sebenarnya, Muhammad Hafidz Roshdi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, jam 3.30 pagi pada 2 Mac lalu.
Berdasarkan pertuduhan, pelakon itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Nurul Shuhada, 29, dengan menumbuk menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga isterinya mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.
Imbas kembali, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
Dalam perkembangan sama, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu memerintahkan untuk Hafidz dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikitiari.
Namun, Hafidz disahkan waras dan pertuduhan ke atasnya layak untuk dibicarakan.
@ohbulanofficial Nurul Shuhada dan minta cerai beberapa kali? ? #ohbulan #sembangentertainment #nurulshuhada #dah #minta #cerai #beberapa #kali