berita

Hafidz Roshdi Tiba Di Mahkamah Dengan Tenang, Pakai Jaket & Spek Mata Hitam

March 13th, 2023 | by Alia
Isu & Kontroversi

Pelakon Hafidz Roshdi tiba di perkarangan Mahkamah Kuala Kubu Baru hari ini (Isnin) dipercayai menumbuk isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh.

Artikel Berkaitan: Keluarga Benarkan Hafidz Roshdi Kahwin Tanpa Izin Isteri? – Shuhada Balas Balik Surat Terbuka

Tiba di mahkahmah

Hafidz Roshdi tiba diperkarangan mahkamah kira-kira pada pukul 8.30 pagi tadi dengan diiringi peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader.

Pelakon berusia 29 tahun itu didakwa atas pertuduhan mencederakan isterinya dan dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Shuhada telah membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang selepas mendakwa dia telah ditumbuk oleh Hafidz beberapa kali sehingga menyebabkan dia cedara dibahagian pipi dan menyebabkan kecatatan kekal.

Hafidz Roshdi sebelum ini dikaitkan dengan kontroversi hangat berhubung kisah rumah tangganya ekoran kelakuan curang terhadap isteri.

SKIP THIS AD ×