berita

Hafiz Mahamad Labur RM300,000 Dekat 70 Staf, Bagi Ganjaran Sebulan Bonus & Cuti Sehari

February 27th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Pempengaruh Hafiz Mahamad memberi kejutan kepada 70 orang staf yang bekerja di bawah seliaan syarikatnya bersama isteri, Syafiqah Aina.

Artikel Berkaitan: Belum Pulih Selepas Terkena Sihir, Hafiz Mahamad & Syafiqah Aina Terus Sebar Kebaikan – ‘Bukan Nak Cabar Tapi Allah Maha Berkuasa’

Artikel Berkaitan: ‘Ramai Anak Muda Jatuh Bankrap, Hutang Cecah Jutaan Ringgit’ – Hafiz Mahamad

Tanda penghargaan

Mengungguli trofi utama ketika penganjuran Gempak Most Wanted Awards 2022 (GMWA) dan kategori Digital Influencer Tergempak, Hafiz berkongsi rezeki dengan memberi sebulan bonus dan sehari cuti kepada kesemua stafnya.

Menurut Hafiz, 30, keseluruhan pelaburan yang dilakukan dianggarkan berjumlah RM300,000.

Sejak awal tercalon, staf saya antara yang banyak memberi sokongan malah mereka juga mengundi saya. Sokongan tersebut membuatkan saya terharu.

Tak salah untuk saya beri penghargaan kepada mereka dengan cuti selama sehari dan bonus sebulan.

Bonus tersebut juga sebagai tanda kerja keras mereka selama ini.

Terima kasih TV3

Sementara itu, pelakon Meerqeen pula menjadi pemenang bagi kategori Video Trending Tergempak (Swipe Challenge) dan Drama Trending Tergempak menerusi naskhah Melur Untuk Firdaus bersama Anna Jobling.

Alhamdulillah rezeki, drama-drama lain pun gempak juga. Kami tak kisah lekat dengan panggilan Melur dan Firdaus. Kami terima sebab drama ini yang membuatkan nama meningkat naik.

Impak drama ini memang besar. Kalau ikhlas memberi, orang lain akan ikhlas menerima.

Selain itu, personaliti media sosial, Sofyank, kumpulan Dolla, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin, Ryan Bakery, Cikgu Fathi dan personaliti Gamer Tergempak 2022 iaitu Kambing Golek juga masing-masing meraih kemenangan.

GMWA 2022 dihoskan Elly Mazlein, Radin, Amelia Henderson dan Sean Lee di Auditorium MBSA, Shah Alam.

Sumber Foto: Azrul Rafie

SKIP THIS AD ×