Pempengaruh dan usahawan popular Hafiz Mahamad mendedahkan ramai anak muda yang berusia bawah 25 tahun terjerat dengan janji manis demi inginkan kehidupan yang ‘mewah’.
Nampak kaya tapi berhutang
Ketika ditemui OhBulan!, pengasas produk kecantikan Ainaa Beauty ini, tidak menafikan ada sesetengah cara syarikat keusahawanan yang mengendalikan sistem pengurusan tidak telus sehinggakan anak muda terpaksa menanggung hutang sehingga mencecah jutaan ringgit.
Kata Hafiz, anak muda ini telah terpedaya dengan janji bulan dan bintang yang menjerumuskan diri untuk membuat pinjaman dengan ‘ceti haram’.
Sempena kempen Malaysia Baru, Peluang Perniagaan Baru kita nak mendidik masyarakat supaya mereka ada minat berniaga sebab masyarakat kita terutamanya anak-anak muda dah hilang minat berniaga kerana sikap orang kaya dan pemilik perniagaan yang menindas mereka.
Penindasan itu bermaksud mereka dijanjikan bulan bintang, ada antara mereka tak cukup modal berniaga.
Ada sesetengah organisasi mengajar mereka untuk meminjam duit, ada berhutang dengan ah long, ada pergi buat pinjaman bank dan saudara mara, demi kepentingan HQ ambil modal mereka. Itu jalan salah!
Sepatutnya mereka mula berniaga dengan modal yang rendah dahulu, kemudian barulah diajar tentang pengurusan dan sebagainya.
Disebabkan mereka terlalu percaya, hutang meninggi tapi stok tak berjalan.
Hafiz ditemui bersama isterinya, Syafiqah Aina pada majlis Briefing & Chillin’ with AINAA di Marriott Putrajaya, baru-baru ini.
Malaysia Baru, Peluang Perniagaan Baru
Selain itu, Hafiz berkata dia dan pasukannya sering dipertemukan dengan individu yang ingin mengubah nasib diri dan keluarga dengan keluar dari kesempitan hutang.
Dedahnya lagi, ada yang pernah tersilap langkah merancang ekonomi sehingga jatuh bankrap di usia muda gara-gara diperalatkan oleh pengasas produk tempatan.
Ramai anak muda berhenti berniaga, tak berjaya dan dikelilingi hutang. Ada yang dah bankrap di usia muda.
Ramai yang datang pada kami sampai ratus ribu hutang, mereka diajar berhutang dengan ah long!
Kalau selama ini kita mendengar orang yang meminjam ah long berumur 30 tahun ke atas, tapi sekarang ni apa komitmen hidup mereka golongan muda untuk berhutang dengan ah long?
Adakah mereka berkeluarga? Susah? Tidak… mereka masih belajar. Ini bermakna mereka dipergunaalatkan oleh sistem perniagaan yang salah.
Justeru kempen ‘Malaysia Baru, Peluang Perniagaan Baru’ berobjektifkan untuk memacu masa depan ekonomi negara dan kestabilan kewangan golongan B40 muda.
Dalam kempen sama, Hafiz menyeru anak muda yang ingin menjana pendapatan melalui sistem ejen atau stokis, untuk lebih cakna dalam memilih jenama yang mempunyai wawasan serta visi di masa hadapan seperti AINAA Beauty.
Setelah hampir enam tahun menempa nama menggunakan sistem ejen dan stokis yang telus dan bersih, AINAA Beauty telah berjaya melahirkan lebih dari 3,000 orang usahawan bersama pasukan pengurusannya serta dibantu oleh 10 orang stokis terbesar dalam komuniti mereka yang kini mempunyai empayar perniagaan yang stabil dan berwawasan.