
Penyanyi, Hafiz Suip mengakui sudah berat hati untuk menyertai sebarang pertandingan nyanyian selepas kehilangan ibu tercinta, Halizawati Salleh.
Artikel Berkaitan: ‘Dengan Ilmu Yang Ada, Saya Ajar & Tanya Dengan Kawan-Kawan… Ada Benda Kena Rujuk Ustaz’ – Hafiz Suip
Artikel Berkaitan: Hafiz Suip Tak Izin Isteri Kembali Bernyanyi – ‘Kalau Ada Projek Yang Kami Perlu Bekerjasama, Boleh’
Hilang semangat bertanding

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Hafiz, 36, berkata, arwah ibunya merupakan insan yang paling banyak memberikan sokongan dan dorongan kepadanya setiap kali menyertai pertandingan.
Semenjak kehilangan mak, saya rasa berat hati nak menyertai sebarang pertandingan nyanyian. Sebab orang yang selalu ada dengan saya setiap kali sertai pertandingan ialah mak.
Mak akan ada dengan saya sejak di Akademi Fantasia lagi. Dia ialah orang yang menggalakkan dan memberi sokongan seratus peratus kepada saya.
Apabila mak sudah tiada, lain rasanya. Macam semangat saya sudah hilang. Nak masuk bertanding saya akan rasa yakin tidak yakin.
Tambah pelantun lagu Noktah Cinta itu, dia sukar untuk menggambarkan perasaan selepas kehilangan insan tersayang, namun percaya mereka yang pernah melalui pengalaman sama pasti memahami apa yang dilaluinya.
Saya tidak mahu ada rasa ini (kehilangan orang tersayang) sebab sangat sakit. Mereka yang faham sahaja akan faham apa yang saya katakan ini.
Dalam pada itu, Hafiz berkata, selain kehilangan semangat, menyertai sesebuah pertandingan juga memerlukan komitmen yang tinggi dan boleh memberikan tekanan kepadanya.
Selain hilang semangat, kalau masuk pertandingan juga sangat penat. Perlu beri komitmen yang tinggi. Stress pun ya juga kalau dalam pertandingan.
Sekadar info, ibu Hafiz, Halizawati Salleh, menghembuskan nafas terakhir pada 10 November tahun lalu.








