berita

Hajat Dua Beradik Hadiahkan Ibu Al-Quran Tak Kesampaian

July 2nd, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Hati ibu mana yang tidak sedih anak yang dijaganya sejak kecil meninggalkan dirinya terlebih dahulu. Paling memilukan apabila kemalangan yang berlaku di Sungai Petani itu melibatkan kedua-dua nyawa anaknya terkorban.

Mereka yang sepatutnya berhajat ingin menyerahkan senaskah al-Quran untuk ibu mereka tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan bas ketika perjalanan pulang ke rumah.

Gaji pertama beli Al-Quran

Kami sekeluarga baru keluar makan bersama malam tadi kerana arwah Nurul Atikah menerima gaji pertamanya dan saya ada meminta Amirul membeli senaskah al-Quran yang lebih besar bagi memudahkan untuk membaca.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Amirul Khusairi Amirashid berumur 21 tahun menunggang motosikal Modenas Kriss 120 bersama adiknya, Nurul Atikah Amirashid yang berumur 9 tahun itu meninggal dunia selepas merempuh belakang sebuah bas yang rosak di tepi jalan di Jalan Lencongan Timur dekat Amanjaya.

Akibat kejadian itu, Muhammad Amirul meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan muka, manakala adiknya, Nurul Atikah parah di kepala maut sebaik tiba di Jabatan Kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.

Anak pergi serentak

Saya tidak sangka mereka keluar pagi tadi dan tidak kembali lagi dan lebih pilu apabila al-Quran yang dibeli tidak sempat diserah kepada saya.

Biarpun sedih dengan apa yang berlaku di mana dua anak pergi serentak, namun saya dan suami reda serta bersyukur kerana mereka pergi dalam keadaan baik, Allah lebih sayangkan mereka

Arwah merupakan Hafiz Al Quran 30juzuk, suaranya sangat merdu apabila menjadi imam. Semoga syurga tempatmu.

Sumber : Harian Metro, Nur Ami

SKIP THIS AD ×