berita

Hajat Nak Pakaikan Kucing Songkok Semasa Raya Tak Kesampaian

May 30th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Kalau korang nak tahu, hampir 40% rakyat Malaysia memelihara kucing dan negara kita berada di tangga ke-6 paling banyak pelihara kucing! Wow! Siapa yang bela kucing je yang tahu betapa manja dan jinaknya diorang ni. Kadang-kadang boleh cair lihat gelagat diorang! Tapi apa perasaan korang apabila kucing kesayangan tu dah tak ada?

Menerusi Twitter Emylia, gadis tersebut kongsi kisah kematian kucing kesayangannya. Lebih menyedihkan, gadis tersebut tidak sempat memakaikan songkok yang baru dibelinya untuk ‘si oren’ ketika hari raya nanti. Sedihnya!

Excited nampak songkok meow

Menurut Emylia, semasa dia pergi shopping raya baru-baru ini, dia ternampak songkok khas buat kucing. Perasaan teruja menyebabkan dia membeli songkok tersebut untuk kucing kesayangannya iaitu ‘oren’.

Dia muntah-muntah

Apabila dia pulang ke rumah, dia mendapati kucingnya tiada di rumah. Abang dan adiknya memberitahu bahawa kucing tersebut keluar rumah kerana muntah-muntah. Namun keesokannya, kucing tersebut balik ke rumah dalam keadaan yang lemah.

Pakai songkok walau dalam keadaan lemah

Walaupun keadaan kucingnya dalam keadaan lemah, dia tetap memakaikan songkok sebab perasaannya pada masa itu sungguh teruja. Dia juga sempat membeli air kelapa buat kucingnya kerana takut kucingnya itu terminum racun.

Macam dah nazak

Semasa perjalanan pulang ke rumah, dia telah menerima mesej dari keluarganya yang menyatakan bahawa oren sudah nazak.

Tak sempat pakai songkok raya

Kehilangan oren ternyata sedih buat dirinya. Hajat untuk melihat oren memakai songkok pada hari raya pertama tidak kesampaian.

Semua sedih

Adik kepada oren iaitu putih turut bersedih di atas kematian abangnya.

Sumber: Emylia

SKIP THIS AD ×