berita

Hakim Cuba Bunuh Diri, Tembak Diri Sendiri Ketika Prosiding Di Mahkamah

October 6th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Kerjaya sebagai seorang hakim di mahkamah pastinya menjadi satu tanggungjawab yang besar buat mereka yang menceburi bidang itu. Mana tidaknya, setiap keputusan yang dibuat insan yang bergelar hakim bakal menentukan nasib seseorang itu sama ada akan dibebaskan daripada perbuatan jenayah ataupun dikenakan hukuman seperti yang ditetapkan undang-undang.

Baru-baru ini, satu berita yang sangat mengejutkan telah berlaku di negara jiran kita, Thailand, apabila seorang hakim cuba membunuh dirinya ketika mengendalikan satu kes perbicaraan.

Tembak diri sendiri

Menerusi laporan Harian Metro, Kanakorn Pianchana telah bertindak menembak dirinya sendiri ketika prosiding kes melibatkan lima anggota kumpulan bersenjata yang mana ia turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook Live.

Beliau yang merupakan hakim di mahkamah di Yala, selatan Thailand melakukan tindakan itu sebaik sahaja membuat keputusan untuk membebaskan beberapa tertuduh kes tersebut dan mengutuk sistem keadilan negara itu.

Lima tertuduh tersebut adalah Muslim yang didakwa terbabit dalam kes pembunuhan membabitkan senjata api.

Proses penghakiman perlu telus

Sebelum bertindak menembak dirinya di bahagian dada, hakim itu membebaskan mereka dan turut meminta supaya sistem keadilan di negara itu lebih bersih.

Katanya seperti kenyataan yang disiarkan dalam Facebook Live, dia tidak mengatakan kelima-lima tertuduh itu tidak melakukan jenayah, namun proses penghakiman perlu telus dan boleh dipercayai kerana menghukum orang yang salah menjadikan mereka sebagai ‘kambing hitam’.

Kamu perlukan bukti kukuh dan jelas untuk menghukum seseorang. Jadi jika tidak pasti, jangan hukum mereka.

Saya tidak mengatakan lima tertuduh ini tidak melakukan kesalahan ini. Mungkin mereka melakukannya. Tetapi proses keadilan mesti telus dan boleh dipercayai. Menghukum orang yang tidak sepatutnya hanya menjadikan mereka kambing hitam.

Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira 12.30 tengahari waktu tempatan, kelmarin, dan Kanakorn kini dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Sumber: Harian Metro, Utusan

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×