berita

Lakukan Seksual Fizikal Tehadap Murid Perempuan, Bekas Guru Bahasa Arab Dipenjara 8 Tahun

May 16th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Perbuatan keji seorang bekas guru Bahasa Arab terhadap seorang murid perempuan berusia 12 tahun pada 2018 akhirnya menerima hukuman setimpal.

Bekas guru itu diarahkan mahkamah untuk menjalani hukuman penjara bermula kelmarin selepas rayuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman ditolak.

Artikel Berkaitan: Rogol Budak Bawah Umur Sampai Lahirkan Anak, Buruh Dipenjara 30 Tahun & 8 Sebatan

Artikel Berkaitan: Kes Gangguan Seksual Ebit Lew! Saksi Ketujuh Dakwa Ada 436 Gambar Diperoleh Dari Telefon Bimbit

Artikel Berkaitan: Suami Dalam Penjara, Isteri Kantoi Lakukan Amang Seksual Terhadap Anak Lelaki, Siap Rekod Video!

Penjara & rotan

Gambar sekadar hiasan

Berdasarkan kertas pertuduhan, Nor Azlam melakukan kesalahan seksual fizikal terhadap murid perempuan itu jam 2.30 petang pada 4 Ogos 2018 di makmal sebuah sekolah rendah di Kota Bahru, Kelantan.

Tiga panel hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Hanipah Farikullah, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Mohamed Zaini Mazlan mengambil keputusan untuk menolak rayuan tertuduh terhadap sabitan dan hukumannya setelah memutuskan rayuan itu tidak mempunyai merit.

Sementara itu, Nor Azlam juga akan menerima hukuman satu sebatan rotan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Dhia Syazwani Izyan Mohd Akhir, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Azrul Hasyimi Mohammad.

Hukuman tidak keterlaluan

Gambar sekadar hiasan

Menurut Hanipah, sabitan kesalahan tertuduh adalah selamat berdasarkan keseluruhan bukti dalam penghakiman mahkamah.

Beliau menjelaskan bahawa Mahkamah Seksyen telah memutuskan bahawa tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di dalam kes pendakwaan serta tiada kesilapan oleh Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi yang memerlukan penglibatan rayuan.

Dalam pada itu, hakim menyatakan bahawa hukuman penjara lapan tahun serta satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen terhadap tertuduh yang berusia 43 tahun itu tidak keterlaluan.

Susulan itu, mahkamah mengeluarkan waran komital kepada Nor Azlam untuk memulakan hukuman penjara bermula kelmarin.

Terdahulu, sementara menunggu rayuan selesai tertuduh dibebaskan dengan diikat jamin sebanyak RM50,000.

Pada 5 Oktober 2019,  Nor Azlam didapati bersalah kerana melakukan kesalahan seksual dengan menyentuh anggota badan kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun tersebut dan dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun serta satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen.

Mahkamah Tinggi kemudiannya menolak rayuan Nor Azlam pada 16 Mei 2022.

Sumber: Bernama

SKIP THIS AD ×