Usahawan, Haliza Maysuri meluahkan rasa simpati terhadap nasib seorang wanita hamil yang didakwa dipukul dan dicekik hanya kerana mengidam untuk makan ayam gepuk.

Artikel Berkaitan: ‘Lelaki Macam Ini Ego Besar, Tak Mampu Jadi Pemimpin’ – Zizi Kirana

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kerap Dikecam Miliki Busana Mahal, Haliza Maysuri Tempah Kain Kafan Jenama Rizalman – ‘Akhirat Kena Terbaik & Berjenama’

‘Saya masakkan ayam gepuk’

Menerusi hantaran di Threads, Haliza secara terbuka mengajak wanita berkenaan untuk datang ke rumahnya, malah menawarkan diri untuk memasakkan hidangan tersebut sebagai tanda keprihatinan.

Allahuakbar, sedihnya baca ibu mengandung cuma teringin ayam gepuk, tapi dibalas dengan pukul dan cekik. Mana perikemanusiaan.

Kalau ibu ini nampak hantaran saya, marilah datang rumah. Saya masakkan ayam gepuk. Boleh makan sekali dengan menantu saya yang memang suka ayam gepuk sejak dia hamil cucu pertama saya.

Perkongsian itu mengundang perhatian ramai apabila rata-rata wargamaya turut meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan layanan yang diterima wanita tersebut daripada suaminya.

Terdahulu, insiden berkenaan dilaporkan berlaku di Flat Sri Sabah, Cheras pada Rabu lalu apabila keinginan seorang wanita hamil untuk menikmati ayam gepuk mencetuskan pertengkaran dengan suaminya sebelum lelaki itu bertindak agresif.

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Mohd Rosdi Daud, kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu berlaku ketika mangsa yang berada di rumah meminta suaminya membelikan makanan berkenaan kerana mengidam.

Mangsa yang berusia 34 tahun kini sedang menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Sumber: Threads