
Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Zizi Kirana menyifatkan lelaki yang memukul wanita tidak layak memegang gelaran khalifah dalam sebuah keluarga.
Artikel Berkaitan: ‘Cukup Saya Minta Izin Suami’ – Zizi Kirana Tak Tersinggung Dengan Kenyataan Pereka Fesyen Terkenal Persoal Isu Mahram
Artikel Berkaitan: ‘Tak Cakap Saya Sentiasa Bahagia, Rumah Tangga Ada Pasang Surut’ – Zizi Kirana
Tak layak jadi pemimpin!

Menerusi perkongsian di Threads, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 41, terpanggil untuk bersuara mengenai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tular yang memaparkan seorang suami memukul isterinya.
Pada hantaran yang sama, Zizi meluahkan rasa berang melihat keadaan wanita yang teraniaya sekali gus menyifatkan golongan pemukul sebagai pembuli dalam rumah tangga.
Semoga Allah bela setiap yang teraniaya.
Lelaki macam ini, ego besar, tak mampu jadi pemimpin. Jadi pembuli dalam rumah.
Isteri dijadikan tempat lepas baran sebab dia tahu yang setia itu tidak akan melawan.
Depan orang? Terpaling suci. Hakikatnya, paling takut dengan kebenaran sendiri.
Dalam pada itu, pelantun lagu Eh tersebut sempat menitipkan doa buat golongan wanita yang teraniaya agar Allah menggantikan luka dengan ketenangan.
Buat wanita yang dianiaya, Allah tahu semua yang awak pendam.
Jangan lelah untuk kuat. Satu hari nanti, luka itu akan Allah ganti dengan ketenangan.
Awak layak bahagia, bukan menderita.
Sumber: Threads @zizi_kirana








