berita

Hamdan Senario Meninggal Dunia

January 5th, 2024 | by Alia
Kini Trending

hamdan meninggal

Pelakon dan ahli kumpulan Senario, Hamdan menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat jam 12.40 tengah hari di Johor Bahru selepas ditidurkan beberapa hari lalu.

Artikel Berkaitan: Hamdan Senario Tunjuk Perkembangan Positif – ‘Dia Cuba Buka Mata & Gerakkan Bibir’

Jenazah masih di hospital

hamdan meninggal

Menerusi perkongsian terkini oleh rakan artis iaitu Roslan Shah di Facebook, memaklumkan tentang berita kematian tersebut dan mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah.

Salam takziah ahli keluarga dan Al-Fatihah Hamdan Senario yang baru meninggal dunia jam 12.40 tengah hari tadi. Cik Lan dapat panggilan dari Johor Baharu. Jenazah masih di hospital.

Terdahulu, Hamdan atau nama sebenarnya Ahmad Hamdan bin Mohamed Ramli ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), HSA akibat jangkitan kuman dalam darah.

Menurut anak kepada Hamdan iaitu Muhamad Syazreen Haqem, bapanya itu mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan oksigen selepas mengalami demam cirit-birit sejak Ahad.

Hamdan difahamkan berada di Johor Bahru kerana terlibat dengan program bersama kumpulan Senario iaitu Wonderful Night with Senariounion.

Sumber: FB Roslan Shah

SKIP THIS AD ×