berita

Kritikal Selepas Ditidurkan, Senario Minta Orang Ramai Doakan Hamdan – ‘Semoga Abang Hamdan Kembali Sihat’

January 2nd, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Beberapa ahli kumpulan Senario yang terdiri daripada Azlee, Saiful Apek, Wahid, Yassin dan Ilya memohon orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan dan kesihatan rakan mereka, Hamdan yang kini berada dalam keadaan kritikal selepas ditidurkan.

Artikel Berkaitan: ‘Tidak Mahu Ke Hospital & Minta Tidak Ditidurkan Kerana Mahu Meneruskan Persembahan’ – Isteri Hamdan

Senario pohon doa dari peminat

@melodiberapiSemoga Allah berikan kesembuhan dan kesihatan yang baik buat Hamdan Senario ??? original sound – Melodi

Menerusi video yang dimuat naik Melodi, Senario yang diwakili Azlee menitipkan ucapan terima kasih kepada pihak media yang hadir ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru dan memberikan sokongan buat Hamdan.

Azlee juga berharap doa yang dipanjatkan oleh semua peminat Senario dapat membuatkan rakan seperjuangannya itu kembali sihat dan sembuh seperti sedia kala.

Assalamualaikum kepada semua peminat Senario, doakan kesihatan dan kesejahteraan buat abang Hamdan, mudah-mudahan dia cepat sembuh.

Mudah-mudahan Allah makbulkan doa kalian supaya abang Hamdan kembali sihat.

Doa-doakan tau, saya mohon jasa baik seluruh rakyat Malaysia terutama sekali peminat-peminat Senario.

Untuk info, Hamdan atau nama sebenarnya Ahmad Hamdan bin Mohamed Ramli kini ditidurkan Unit Rawatan Rapi (ICU), HSA akibat jangkitan kuman dalam darah.

Menurut anak kepada Hamdan iaitu Muhamad Syazreen Haqem, bapanya itu mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan oksigen selepas mengalami demam cirit-birit sejak Ahad.

Hamdan difahamkan berada di Johor Bahru kerana terlibat dengan program bersama kumpulan Senario iaitu Wonderful Night with Senariounion.

Sumber: TikTok, Harian Metro

SKIP THIS AD ×