berita

Hamil Luar Rahim, Shima Anuar Terpaksa Jalani Pembedahan – ‘Saya Hilang Banyak Darah & Anak Dalam Kandungan ..’

March 7th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon Shima Anuar sebelum ini berkongsi dia bakal mendapat cahaya mata ketiga selepas disahkan hamil. Namun, Shima mengesahkan dia terpaksa menggugurkan kandungan kerana hamil luar rahim (ectopic pregnancy).

Artikel Berkaitan: Dituduh Malu Nak Kongsi Foto Suami, Shima Anuar Bahagia Dengan Lelaki Berusia – ‘Tak Perlu Selalu Sangat Tunjuk Satu Dunia’

Hilang banyak darah

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Shima, 31, memaklumkan dia terpaksa menjalani pembedahan di sebuah pusat perubatan pada Ahad.

Susulan itu, pemilik nama Noor Hashimah Anuar kehilangan banyak darah dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Ia sangat menyakitkan. Saya masih berada di unit rawatan rapi.

Saya kehilangan banyak darah ketika pembedahan dan saya hilang anak dalam kandungan kerana hamil luar rahim.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya. Saya akan kembali sihat.

Maafkan saya

Dalam entri berbeza, pelakon drama Suamiku Lelaki Pendosa turut meminta maaf serta memohon doa daripada orang ramai.

Untuk rekod, Shima berkahwin dengan ahli perniagaan, Mohd Solih Toha, 54, pada 8 April 2017. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Marian Sophia, 3, dan Mikhael Imaan, 2.

Sumber: Instagram @shimaanuar

SKIP THIS AD ×