
Pelakon, Shima Anuar menyorot perhatian apabila menyerahkan sekeping kad kredit kepada anak-anaknya untuk berseronok.
Artikel Berkaitan: Shima Anuar Tuntut Hutang RM1.5 Juta, Tunggu Masa Nak Dedah Senarai Nama
Artikel Berkaitan: Shima Anuar Hilang Sabar, Dakwa Empat Pembantu Rumah Buat Kerja Sambil Lewa – ‘Anak Keluar Sampai Ke Pagar Seorang Diri’
Kad kredit

Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Noor Hashimah Anuar, 35, dilihat meninggalkan pesanan ringkas dengan memberikan kad kredit sebagai perbelanjaan kepada anak-anaknya.
Kata Shima, keputusan itu dibuat kerana sibuk bekerja dan mahu anak-anaknya tetap menikmati masa mereka.
Mommy akan sangat sibuk hari ini! Ambil kad ini dan pergi ke taman dinosaur, okay?
Kamu boleh beli apa saja yang kamu mahu tetapi tidak gula-gula. Sila dengar cakap Aunty Nor.
Balik rumah pada pukul 6 petang. Selamat berseronok!
Sementara itu, Shima sempat berseloroh bahawa dia sering berkomunikasi dengan anak-anaknya melalui nota bertulis kerana tidak memberikan mereka telefon bimbit.
Saya tak bagi telefon pintar dekat anak-anak saya dan inilah cara kami berkomunikasi (guna tulisan dan kertas).
Kalau tak pakai kertas, kami pakai burung merpati.
Sumber: Instagram








