berita

Hampir 100 Pelajar Sekolah Diserang Penyakit Misteri, Tiba-Tiba Kaki Jadi Lumpuh

October 10th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Satu penyakit misteri telah melanda sekolah di Kenya apabila hampir 100 orang pelajar sekolah tidak dapat berjalan dipercayai mengalami gejala lumpuh pada kaki.

Artikel Berkaitan: Wanita Disihir Selepas Seluar Dalam Hilang, Mimpi Gambar Dipuja & Kulit Dihiris

Artikel Berkaitan: Kepala Bagai Nak Meletup & Perut Membusung, Wanita Disantau Rakan Selepas Minta Hutang

Kesukaran berjalan

Menerusi laporan NDTV, pelajar dari Sekolah Menengah Perempuan St Theresa’s Eregi, di bandar Kakamega mengalami kesukaran untuk berjalan dan mengadu sakit lutut.

Pelajar sekolah terbabit mengalami lumpuh kaki dan menghidap sawan. Sesetengah orang juga membuat spekulasi bahawa ia boleh menjadi histeria besar-besaran.

Pihak berkuasa kesihatan di Kenya sedang menyiasat penyakit misteri selepas hampir 100 pelajar perempuan dimasukkan ke hospital.

Dalam pada itu, sampel darah, air kencing dan najis telah dihantar ke makmal di Kisumu, dan Nairobi dan keputusan sampel akan keluar pada hujung minggu ini.

Sumber: NDTV

SKIP THIS AD ×