Lelaki warganegara Bangladesh iaitu Md Rayhan Kabir sebelum ini diburu pihak berkuasa susulan kenyataan kontroversi yang dibuat menerusi sebuah dokumentari terbitan Al-Jazeera. Kenyataannya itu telah mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia dengan mendakwa wujud diskriminasi dalam mengendali kes Covid-19 membabitkan warga asing.
Artikel berkaitan: Permit Kerja Dibatalkan, Rayhan Masih Diburu
Hampir dua minggu Rayhan Kabir sembunyikan diri daripada ditahan pihak berkuasa, akhirnya, dia diberkas ketika bersembunyi di sebuah kondominium.
Berjaya ditahan
Memetik laporan Harian Metro, sebelum ini Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menjalankan operasi mencari lelaki Bangladesh itu dan memohon bantuan orang ramai untuk memberi maklumat kepada pihak berkuasa.
Terbaru, lelaki berusia 25 tahun itu berjaya ditahan JIM pada petang, 24 Julai 2020. Suspek dikatakan ditahan ketika bersembunyi di sebuah kondominium di Jalan Pahang, Kuala Lumpur.
Sumber: Harian Metro