berita

Permit Kerja Dibatalkan, Rayhan Kabir Masih Diburu

July 12th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Kenyataan kontroversi dikeluarkan oleh seorang warga asing yang bekerja di Malaysia iaitu Rayhan Kabir telah mencetuskan kemarahan khususnya rakyat Malaysia. Sehingga ke hari ini, pihak berkuasa masih menjalankan operasi mencari lelaki warga Bangladesh itu untuk tampil memberi keterangan.

Perlu serah diri

Memetik laporan Metro, Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Abdul Hamid Bador memaklumkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah pun membatalkan permit kerja Md Rayhan Kabir. Bagaimanapun, warga asing itu masih dicari bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Oleh itu, dia perlu menyerah diri sebelum diusir balik ke negara asalnya.

Agensi berita sudah diambil keterangan

Sementara itu, 6 kakitangan agensi berita antarabangsa, Al Jazeera bersama 7 peguam hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 10 Julai 2020 untuk diambil keterangan. Kesemua mereka telah memberi keterangan di Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT).

Dalam masa terdekat akan dipanggil, lagi cepat lagi bagus, ambil keterangan dan selesaikan kes. Saya secara rasmi memang tahu kertas siasatan sudah dibuka.

Mereka akan dipanggil untuk jawab beberapa soalan. Peruntukan perundangan apa yang akan digunakan, sama ada bawah Kanun Keseksaan atau Akta Hasutan 1948 bakal ditentukan selepas mereka jawab soalan.

Sumber: Metro

SKIP THIS AD ×