Umum mengetahui, pelakon, Janna Nick telah merangkul Anugerah Bintang Popular edisi ke-34. Selain memenangi anugerah tersebut, Janna turut merangkul dua lagi anugerah iaitu Anugerah Pengacara TV Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular. Sebagai anak seni yang penuh dengan kontroversi, Janna dilihat mengalirkan air mata sewaktu sesi temubual bersama rakan media berlangsung.
Saya hampir kena ‘panic attack’
Sebenarnya saya dah mengalirkan air mata, saya tak boleh bernafas dan hampir kena panic attact. Saya sedih sebab perjalanan karier saya bukan mudah. Saya artis yang suka buat hal. Saya tahu. Saya ucap terima kasih kepada semua yang sokong saya, rakan media, family, producer dan klien. Saya tak ada kata-kata sekarang ni.
Menurut Janna, dia hampir jatuh tersungkur pada tahun ini. Ini kerana pelbagai kontroversi mengenai dirinya telah timbul. Sebagai seorang anak seni, Janna mengambil semua kontroversi tersebut sebagai pengajaran buat dirinya di kemudian hari. Namun begitu, jauh di sudut hatinya mempunyai perasaan sangat kecewa disebabkan perkara negatif yang berlaku.
Saya anggap ini ujian Allah. Saya hampir give up dengan industri seni sehingga saya buat banyak kerja belakang tabir. Saya dah cakap dengan peminat yang saya mahu undur diri. Oleh itu, saya rasa ini hadiah mereka buat saya. Sebab mereka nak sangat tengok saya beraksi seperti biasa. Dengan keadaan mental saya, saya akan cuba limitkan.
Semua perkara salah
View this post on Instagram
Tambah Janna, waktu sekarang bukanlah waktu yang mudah buat dirinya untuk kembali aktif dalam dunia seni. Jelas Janna lagi, dia perlu mempunyai waktu terhadap diri sendiri.
Saya hilang personal life, saya tak boleh buat apa-apa, semua perkara salah. Saya rasa tanggungjawab sangat besar. Saya ucap syabas kepada semua senior kerana tanggungjawab seorang selebriti bukanlah mudah. Kalau salah langkah habis kami. Terima kasih semua dan saya minta maaf sekiranya ada yang berkecil hati dengan saya. Insyallah peluang yang dberi hari ini akan menjadikan saya seorang selebriti dan individu yang memberi perkara positif kepada semua.
Di akhir ucapan Janna, dia memberitahu kepada semua bahawa namanya Nurul Jannah dan bukannya Janna Nick. Pada masa yang sama, Janna sempat meluahkan ungkapan ‘I Love You’ kepada kekasih hatinya Dini ketika memberi ucapan Anugerah Bintang Popular edisi ke-34 sebentar tadi.