berita

‘Hampir Sebulan Tak Balik’ – Nadya Syahera Dedah Suami Curang Dengan Adik Pengasas Produk Kosmetik Terkenal?

June 21st, 2019 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Menerusi MHE TV, pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad, Nadya Syahera mendedahkan rumah tangganya kini berantakan gara-gara orang ketiga. Menurutnya, dia mendapat bukti pada sekeping gambar suaminya itu menjalin hubungan dengan seorang gadis dari Kelantan yang dipercayai  adik kepada pengasas produk kosmetik terkenal.

Mencurigainya sejak bekerja di luar kawasan

Sebenarnya, hal ini baru saja dapat dibongkar kira-kira seminggu sebelum sambutan Aidilfitri yang lalu walaupun kecurigaan saya terhadapnya sudah dirasakan lebih awal.

Naluri isteri, jujurnya saya mencurigainya sejak dia bekerja di luar kawasan iaitu di Kelantan yang juga merupakan kampung halamannya.

Perkahwinan Nadya dan Fizul pada 25 September 2015 adalah kali kedua buat pasangan itu setelah masing-masing gagal mempertahankan rumah tangga pertama mereka.

Kononnya atas urusan kerja

Hampir sebulan dia di sana kononnya atas urusan kerja semata-mata dan langsung tidak balik ke rumah kami di Shah Alam untuk menjenguk saya serta anak-anak.

Akhirnya, teka-teki yang selama ini bermain di benak fikiran terjawab selepas melihat beberapa keping gambar yang membuktikannya bermain kayu tiga.

Menurut Nadya, dia difahamkan gadis terbabit adalah adik kepada pengasas produk kosmetik terkenal yang beroperasi di negeri Pantai Timur itu.

Bahkan, hubungan kedua-duanya bermula setelah gadis berkenaan datang ke premis restorannya sebagai seorang pelanggan.

Apapun yang berlaku, saya akan berusaha untuk pertahankan perkahwinan ini dan belum terdetik untuk meminta cerai waima tak dapat dinafikan betapa kecewanya saya atas perbuatan dilakukannya..

Hasil perkongsian hidup selama empat tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose dan Mohamad Dayyan yang masing-masing berusia dua dan satu tahun.

Sumber : Myhetv

 

SKIP THIS AD ×