berita

Hana Ismail Mengaku Isu Rogol Goyahkan Rumah Tangga, Timbul Syak Wasangka & Bergaduh Dengan Suami

September 9th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Hana Ismail Akui Bergaduh Dengan Suami

Pengacara, Hana Ismail mengakui bahawa rumah tangganya menjadi goyah dan sedikit terjejas selepas isu rogol membabitkan suaminya, Da’i Syed timbul semula.

Bukan itu sahaja, individu yang memuat naik semula isu berkenaan juga mengatakan keguguran yang dialaminya beberapa bulan yang lalu sebagai satu kifarah atas perbuatan suaminya itu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hana Ismail Akui Emosi Tidak Stabil Selepas Keguguran – ‘Mungkin Naluri Ibu Sudah Ada, Saya Jadi Rindu Dengan Anak’

‘Memang kami ada bergaduh’

Hana Ismail Akui Bergaduh Dengan Suami

Menerusi satu sesi temu bual, Hana atau nama sebenarnya Nurulhana Binti Ismail, 37, memaklumkan bahawa isu tersebut ternyata menimbulkan syak wasangka sehingga menyebabkan dirinya bergaduh dengan Da’i Syed.

Tipulah kalau tak menggoyahkan sebenarnya sedikit sebanyak ia menjejaskan. Kami kadang-kadang sampai bergaduh mengenai isu ini.

Macam mana kita nak menanggapi isu ini sebab suami caranya lain, saya caranya berbeza.

Kadang-kadang bila ada yang menghasut seperti ini ianya mendatangkan syak wasangka kepada saya sebagai seorang isteri.

Namun, Hana lebih memilih untuk bertafakur dan bermuhasabah diri dalam membantu dirinya lebih tenang dan dalam masa yang sama membuatkan rumah tangganya bertambah harmoni.

Ini kerana, Hana berpendapat setiap orang yang berkahwin tidak kiralah seorang selebriti atau pun tidak, pasti mereka akan berdepan dengan ujian rumah tangga.

Jadi saya berdoa, saya harap saya diberikan kekuatan dan Allah memberikan jalan yang terbaik untuk kami berdua.

Dan saya berharap agar rumah tangga kami ini kekal sampailah ke akhirnya dan ke syurga, Insya-Allah.

Syukur diri diterima keluarga mentua

Hana Ismail Akui Bergaduh Dengan Suami

Sementara itu, pendakwah selebriti Da’i Syed meluahkan rasa syukur apabila dia diterima seadanya oleh keluarga mentua meskipun terpalit dengan pelbagai isu dan kontroversi.

Alhamdulillah Allah bagi rezeki kepada saya seorang isteri yang solehah, yang baik dan sangat memberi motivasi dan semangat kepada saya.

Dan teringat sewaktu saya nak kahwin dulu, sebenarnya susah. Saya maklumkan kepada mentua saya yang saya ada kes yang masih belum selesai, boleh ke terima saya ni? Hana ni baik orang dia.

Alhamdulillah bapa mentua saya merestui hubungan kami jadi kami pun berkahwin tapi tiba-tiba timbul semula isu ini.

Keluarga mentua saya datang dari Johor beri semangat dan mendoakan segalanya dipermudahkan.

Terdahulu, seorang individu yang dikenali Nurul Atiqah dilihat memuat naik keratan video mengenai kes rogol yang membabitkan Da’i Syed dengan menggunakan nama @chempakasuri97 di TikTok beberapa hari yang lalu.

Wanita yang mendakwa mangsa rogol kepada pendakwah itu juga turut mengaitkan kehilangan anak dalam kandungan kepada isterinya sebagai kifarah di atas perbuatannya sebelum ini.

Sekadar info, Syed Shah Iqmal atau lebih dikenali sebagai Da’i Syed pada 10 Disember 2020 mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap wanita berumur 22 tahun (ketika itu) dan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud untuk mencabul kehormatannya di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana di sini, antara 3 hingga 4 pagi, 17 Okt 2020.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi kes menggunakan kekerasan jenayah, pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×