berita

‘Hanya Allah Yang Berkuasa, Bukan Kami’ – Nukilan Raja Zarith Sofiah Undang Simpati Netizen

May 2nd, 2019 | by Amat
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini, pelbagai isu dan kontroversi melanda Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melibatkan soal politik negara sehingga mendapat perhatian ramai. Masalah ini turut membimbangkan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah yang telah bersuara menerusi akaun Facebook terhadap situasi dialami putera sulungnya itu.

Bagaimanapun, Tunku Ismail meninggalkan kata-kata semangat untuk tenangkan bonda dan baginda akan tabah mengharungi situasi ini.

Anak dimaki hamun, diperli, dijadikan sebagai hiburan

Raja Zarith Sofiah turut mengajak pengikut laman di Facebook untuk menonton video ceramah Habib Ali Zaenal Abidin bertajuk ‘Bercermin Diri Sendiri’ yang ada mengatakan ‘kalau Imam Shafi’e pun boleh dimaki’. Malah, entri yang ditulis Permaisuri Johor dan Tunku Ismail mendapat reaksi positif menyokong dan memberi kata semangat kepada keluarga Diraja itu.

Bercermin diri sendiri

Segala-galanya akan baik

Malah, Tunku Ismail turut meninggalkan mesej ringkas membalas kenyataan dan kerisauan yang dinyatakan menerusi akaun Facebook bondanya itu.

Sumber: Zarith Sofiah Idris, HRH Crown Prince of Johor

SKIP THIS AD ×