berita

Hanya Berbekalkan RM1600, Lelaki Ini Kongsi Itinerari Ke Negara Iran Yang Menakjubkan!

January 3rd, 2019 | by Shafika
Travelogue

Menerusi group Backpackers Buddies Malaysia (BBM), seorang lelaki berkongsi percutiannya selama 8 hari 7 malam ke negara Iran. Bukan sahaja pemandangan menakjubkan, malah lelaki ini hanya membelanjakan RM1600 selama di sana. Memang cantik sungguh rupanya negara Iran ini!

8 hari 7 malam ke Tehran

Solo Backpack IRAN 8 hari 7 malam dengan overall bajet RM1600++ cover Tehran, Tabriz (Kandovan Village), Isfahan dan Shiraz.

Bagi saya Iran ni memang sebuah negara yang awesome dan totally blow away my expectation! Cost murah, culture yang menarik, hospitality Iranian yang the best, the jaw-dropping architecture, amazing landscape….dan paling penting SAFETY, sangat selamat! Lagi selamat kot dari jalan2 di London/Paris (kes pickpocket) atau negara2 dunia ketiga macam India/Thailand/Vietnam (sekadar sebut beberapa).

Satu lagi, transportation kat sana tiptop kot. Kat Tehran saje dah ada paling kurang 5 line metro yang mana semuanya underground (KL baru ada berapa line?), high speed train between big cities, jalan raya mulus + long distance bus yang super comfy (VIP yang siap ada foods), all in all memang sangat mengkagumkan.

Ini adalah trip lama sebelum AirasiaX terminate the route to Tehran pada pertengahan 2018 lalu (Harap2 pak Tony sambung la balik route ni pls). Manatau berguna bagi sesiapa yang ada plan untuk travel ke Iran in the future.

Tehran hari pertama dan kedua

Anyway, berikut basic itinerary saya:

Day1:
KL-Tehran (direct flight). Sampai Tehran dah tgh malam. Tidur kat airport je.

Day2:
Awal pagi airport – Rahahan Station (Tehran Downtown) by airport van.
Sightseeing Tehran: Tehran Bazaar, Shah Mosque, Golestan Palace, Tajrish Bazaar
Check in hostel (7 Hostel Tehran)

Naik bas ke Tehran

Day3:
Tehran – Mount Tochal: sightseeing, cable car
Checkout hostel and depart to Rahahan Station, beli tiket train ke Tabriz.
Train depart to Tabriz (overnight sleeper coach train)

Day4:
Arrive Tabriz.
Tabriz – Kandovan (by shared taxi with other travelers). Sightseeing Kandovan village.
Sightseeing Tabriz city/Tabriz Bazaar.
Malam tu depart back to Tehran by night bus.

Ke Isfahan


Day5:
Tehran – Isfahan (sampai je Tehran terus ambil bas ke Isfahan)
Sightseeing Isfahan: Naqsh-e Jahan Square, Imam Mosque, Sheikh Lotfollah Mosque, Ali Qopu Palace, Grand Bazaar, Chehel Sotun Palace,
Check in hostel (Ali Kabir Hostel)

Day6:
Sightseeing Isfahan: Si o Seh Bridge, Khaju Bridge, Vank Cathedral,
Isfahan – Verzaneh: Verzaneh Desert tour (book tour kat hostel)
Checkout hostel and depart to Shiraz (by night bus)

Jalan ke Shiraz

Day7:
Arrive Shiraz.
Sightseeing Shiraz: Nasir Al-Molk Mosque, Persepolis, Necropolis, Vakil Bazaar, Vakil Mosque, Karim Khan Citadel, Atigh Jame Mosque, Hafez Tomb.
Malam tu depart back to Tehran by night bus.

Day8:
Arrive Tehran.
Sightseeing Tehran: Tabiat Bridge, Azadi tower, shopping at Tehran Bazaar.
Malam tu depart to Imam Khomeni Airport.
Flight back to KLIA2.

Bajet 1600


TOTAL COST:
Transportation: RM520 (taxi, metro, bus, van, train)
Accommodation: RM 210 (hostel untuk 3 malam, the rest tido dlm night bus/train)
Meals, shopping, entrance fees, luggage storage,tour etc: RM320
TOTAL without flight tix: RM1050
GRAND total with flight: RM1660 (flight airasiax RM610 return).

Sekian perkongsian saya. Ada apa2 nk tanya boleh PM/DM.

Checkout my IG (@adlybilly) for more of my travel/backpacking adventure!

Semoga bermanfaat!

Sumber : Aidili Fashilin