berita

‘Hanya Fikir Kepentingan Peribadi & Ada Juga Nak Kejar Publisiti…’ – TMJ

July 17th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Ebit Lew

Umum mengetahui, bapa kepada pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew sudah meninggal dunia selepas disahkan menghidap penyakit kanser perut tahap akhir. Sebelum ini, Ebit sempat berkongsi keadaan ayahnya yang semakin kritikal dan kanser tersebut sudah merebak ke semua anggota badannya yang lain.

Artikel Berkaitan: Bapa Ustaz Ebit Lew Meninggal Dunia

Artikel Berkaitan:Doktor Kata Kanser Perut Ayah Stage Akhir & Menanti Hari ‘ – Ustaz Ebit Lew

Menjunjung kasih Tuanku

Foto: Ebit Lew

Terbaru, Ebit menerusi Instastory meluahkan rasa terharu apabila Tunku Mahkota Johor (TMJ)  iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertanya khabar kepada dirinya berikutan pemergian ayah tersayang baru-baru ini. Pada masa yang sama, Ebit turut menceritakan beliau berasa terharu dengan bantuan yang tidak berbelah bahagi yang disumbangkan oleh TMJ demi kesejahteraan rakyat jelata.

Menjunjung kasih Tuanku kerana bertanya khabar perginya arwah ayah saya. Terharu, dari jauh setiap hari melihat Tuanku membantu rakyat dalam kesusahan siang malam.

Susulan daripada itu, TMJ membalas respon yang diberikan oleh Ebit dan pada masa yang sama meminta supaya beliau meneruskan usaha niat baik dalam membantu mana-mana rakyat marhaen yang terkesan.

Yang penting keikhlasan, niat baik dan usaha. Teruskan membantu rakyat Ustaz.

Menerusi satu foto yang dimuat naik oleh TMJ memperoleh puluhan komen daripada rakyat jelata yang bertanyakan apa yang sedang bermain di fikiran beliau. Respon balas yang diberikan oleh beliau cukup ringkas dan mempunyai maksud yang mendalam.

Fikir negara dilanda krisis. Tetapi ada beberapa individu yang hanya fikir kepentingan peribadi dan ada juga nak kejar publisiti. Jaguh handal dalam media sosial. On the ground no balls. Too many berpura-pura/fake. Some people need a backhand.

Instastory penuh

Sumber: Ustaz Ebit Lew & Tunku Mahkota Johor

SKIP THIS AD ×