berita

‘Doktor Kata Kanser Perut Ayah Stage Akhir & Menanti Hari ‘ – Ustaz Ebit Lew

July 6th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Setiap manusia tidak dapat lari daripada ujian kehidupan yang datang tanpa diduga. Ujian yang datang juga tidak sama, ada yang ditimpa dengan masalah kewangan dan ada yang diuji dengan kesakitan. Ahli keluarga dan insan tersayang yang sakit juga adalah ujian yang perlu dihadapi.

Artikel berkaitan: ‘Kita Cuma Orang Kecil & Bukan Sesiapa Pun’ – Ustaz Ebit Lew Terharu Terima Anugerah Duta Muhibbah Palestin

Artikel berkaitan: Ramai Bimbang Ebit Lew ‘Hilang’, Caprice Whatsapp Sendiri Tanya Khabar & Ini Respon Ustaz

Di Instagram, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew berkongsi kisah sedih mengenai keadaan ayahnya selepas disahkan menghidap penyakit kanser perut tahap akhir.

Mohon doa buat ayah saya

Pohon doakan buat ayah saya ya. Doktor kata kanser perut last stage. Menanti hari. Kanser dah merebak semua. Semoga Allah mudahkan buat ayah saya. Dapat izin tengok sekali je dan sekejap tapi full ppe dan test covid negatif. Terima kasih KKM. Lama lagi kuarantin. Maafkan ebit yer bapak. Ebit tak dapat jaga disaat begini. Terima kasih adik beradik semua yang menjaga. Terima kasih semua yang mendoakan ye.

Menurut Ustaz Ebit, keadaan ayahnya semakin kritikal dan kanser tersebut sudah merebak ke semua anggota badannya yang lain. Oleh itu, dia memohon orang ramai untuk berdoa. Ustaz Ebit juga meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melawat ayahnya yang sudah terlantar di hospital.

Hilangkan sakitnya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Hari tu masa sedar ayah saya cakap. Teruskan kerja sempurnakan misi membantu. Ya Allah angkatkanlah sakit dari ayah saya. Berilah yang terbaik buatnya. Ebit sayang mak. Ebit sayang bapak sampai bila-bila. Mak dah pergi dulu. Rindu mak. Rindu bapa. Terima kasih bapak atas segalanya. Ya Allah jika ada pahala atas sedikit kebaikan yang dilakukan. Saya hadiahkan semuanya buat bapak. Hilangkanlah sakitnya. Janganlah bapak rasa sakit tu. Terima kasih ya Allah.

Sebagai anak, Ustaz Ebit sentiasa mengingati pesanan ayahnya supaya meneruskan misi bantuan. Tambahnya, dia menghadiahkan kesemua pahala dan kebaikan yang dilakukan olehnya itu untuk ayah. Ustaz Ebit juga memohon doa agar Allah menghilangkan rasa kesakitan yang ditanggung oleh ayahnya itu.

Sumber: Ebit Lew

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×