berita

Hanya Guna Tangki Air Terpakai, Lihat Bagaimana Atuk Hasilkan Kolam Renang Untuk Cucu, Comelnya!

February 4th, 2020 | by Arini Saleh
Make-It-Senang

Hanya menggunakan barang terpakai, sebuah kolam mandi yang cantik dan menyeronokkan dapat dihasilkan. Bermodalkan RM400, idea kreatif lelaki ini mendapat pujian ramai. Macam tak percaya tangki air biasa boleh transform jadi kolam renang macam ni! Siap ada pelampung lagi.

Modal RM400

Tangki air orang buang

Orang buang Atok bawa balik. Keluar modal RM 400. Dapat satu kolam untuk cucu-cucu mandi. Buat kat belakang rumah malu nanti orang tengok tangki air buruk buat kolam.

Siapa sangka, dari sebuah tangki air buruk yang dibuang orang, lelaki ini mampu membina kolam renang tanpa menggunakan modal yang besar. Yang penting, penat lelah akan terbayar apabila melihat keseronokan cucu-cucu nanti.

Proses pembinaan

Tempat yang hendak di buat kolam

Meratakan tanah

Kawasan lapang di belakang rumah dibersihkan dan tanah diratakan sebagai tapak. Selepas itu, tangki diletakkan dan proses pembinaan lain seperti dinding pun dijalankan.

Letak tangki

Dah letak tangki

Buat ladybird untuk kolam

Untuk hiasan pula, lelaki ini DIY sendiri kumbang menggunakan span merah dan putih. Comel sungguh! Selain itu, dia menambah hiasan daun dan background berwarna biru untuk kelihatan ceria.

Dah siap

Dah siap

Ladybird besar dijadikan pelampung

Atok pun nak merasa mandi

Seronok cucu-cucu mandi

Lihatlah hasilnya, memang puas hati! Bukan main seronok lagi cucu-cucu mandi ye?

Sumber : Kelab Kaki Deko

The following two tabs change content below.